Safemaca Series 1 Keyless Car Protector

  • Sale
  • Regular price RM129.00 MYR
Shipping calculated at checkout.


PENTING: Penggunaan pelindung Safemaca TIDAK menjamin bahawa kenderaan anda tidak akan dicuri. Produk Safemaca bukan insurans kecurian kenderaan.

IMPORTANT: Using a Safemaca protector does NOT guarantee that your vehicle will not be stolen. Safemaca products are not vehicle theft insurance.


Notis Keselamatan Penting

Produk Safemaca Keyless Car Protector merupakan aksesori keselamatan tambahan untuk kenderaan yang direka untuk membantu mengurangkan risiko serangan geganti tanpa kunci (keyless relay attacks) tertentu dengan menyekat isyarat radio daripada kunci kenderaan yang serasi apabila digunakan dengan betul dan berada dalam keadaan berfungsi dengan baik.

Pelindung Safemaca bukan sistem anti-kecurian kenderaan yang menyeluruh. Keberkesanan penyekatan isyarat bergantung pada keserasian kenderaan, keadaan produk, kedudukan kunci dan cara penggunaan yang betul.

Pelanggan hendaklah terus menggunakan ciri keselamatan sedia ada pada kenderaan mereka dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah terhadap kecurian kenderaan.

Safemaca tidak menjamin bahawa produknya akan mencegah kecurian kenderaan, percubaan mencuri kenderaan, akses tanpa kebenaran kepada kenderaan atau insiden keselamatan lain, tanpa mengira sama ada waranti pengilang masih berkuat kuasa, telah tamat atau tidak terpakai.

Pelindung Safemaca mahupun waranti pengilangnya bukan merupakan insurans kecurian kenderaan, insurans motor atau jaminan terhadap kecurian kenderaan.

Safemaca tidak membuat janji kontrak berasingan untuk membayar pampasan semata-mata kerana kecurian kenderaan atau insiden keselamatan berkaitan berlaku semasa produknya digunakan.

Sebarang tuntutan berkaitan kecacatan produk atau kerugian akan dinilai berdasarkan fakta, bukti dan undang-undang yang terpakai.

Maklumat Penggunaan dan Penjagaan

Masukkan kunci kenderaan yang serasi sepenuhnya ke dalam ruang pelindung isyarat yang dikhaskan dan tutup dengan kemas.

Elakkan meletakkan kunci tambahan, gelang kunci, rantai kunci, objek tajam atau aksesori logam di dalam ruang tersebut yang boleh merosakkan bahan penyekat isyarat dalaman. Pemegang rantai kunci luaran terbina dalam boleh digunakan mengikut tujuan asalnya.

Jangan mencuci atau merendam produk di dalam air. Elakkan kelembapan berlebihan, tekanan dan kerosakan fizikal.

Uji fungsi penyekatan isyarat sebelum penggunaan pertama dan secara berkala selepas itu, dengan memastikan tiada kunci kenderaan lain yang serasi berdekatan yang boleh mengganggu ujian.

Jika kenderaan masih dapat mengesan kunci yang telah dimasukkan sepenuhnya ke dalam pelindung yang ditutup dengan kemas, atau jika keputusan ujian tidak dapat dipastikan, hentikan penggunaan pelindung sebagai alat penyekat isyarat dan hubungi Safemaca.

Ujian penyekatan isyarat yang berjaya tidak menjamin keberkesanan berterusan atau perlindungan daripada kecurian kenderaan.

Maklumat Waranti, Pembaikan dan Alat Ganti

Safemaca Series 1 dilindungi oleh waranti terhad pengilang selama satu (1) tahun, tertakluk pada syarat dan pengecualian dalam Polisi Waranti Safemaca.

Waranti ini meliputi kecacatan yang layak pada bahan, proses pembuatan atau mutu kerja.

Notis Pembaikan dan Alat Ganti: Safemaca tidak menyediakan perkhidmatan pembaikan dan tidak membuat aku janji untuk menyediakan kemudahan pembaikan atau alat ganti secara berasingan bagi produk ini.

Tiada apa-apa dalam notis ini yang mengehadkan hak pengguna atau liabiliti yang tidak boleh dikecualikan secara sah di bawah undang-undang Malaysia yang terpakai.


Important Security Notice

Safemaca Keyless Car Protectors are supplementary vehicle security accessories designed to help reduce the risk of certain keyless relay attacks by shielding radio signals from compatible vehicle keys when correctly used and in proper working condition.

Safemaca protectors are not comprehensive vehicle anti-theft systems. Signal-shielding effectiveness depends on vehicle compatibility, product condition, correct key placement, and proper usage.

Customers should continue using their vehicles' existing security features and taking reasonable precautions against vehicle theft.

Safemaca does not guarantee that its products will prevent vehicle theft, attempted theft, unauthorized vehicle access, or other security incidents, regardless of whether the manufacturer's warranty is active, expired, or otherwise inapplicable.

Neither Safemaca protectors nor their manufacturer's warranty constitute vehicle theft insurance, motor insurance, or a guarantee against vehicle theft.

Safemaca does not make a separate contractual promise to compensate customers merely because vehicle theft or a related security incident occurs while using its products.

Any claim concerning product defects or related losses will be assessed based on the relevant facts, evidence, and applicable law.

Important Usage and Care Information

Place your compatible vehicle key fully inside the designated signal-shielding compartment and close it securely.

Avoid placing additional keys, loose key rings, keychains, sharp objects, or metal accessories inside the compartment that could damage the internal signal-shielding material. The original built-in external keychain attachment may be used as intended.

Do not wash or submerge the product in water. Avoid excessive moisture, pressure, and physical damage.

Test the signal-shielding function before first use and periodically thereafter, ensuring that no other compatible vehicle keys are nearby that could interfere with testing.

If the vehicle continues to detect the key when fully enclosed in the securely closed protector, or if the test result is uncertain, discontinue relying on the protector for signal shielding and contact Safemaca.

A successful signal-blocking test does not guarantee continued effectiveness or protection against vehicle theft.

Warranty, Repairs and Spare Parts Information

Safemaca Series 1 is covered by a one-year limited manufacturer's warranty, subject to the terms and exclusions stated in Safemaca's Warranty Policy.

The warranty covers qualifying defects in materials, manufacturing, or workmanship.

Repair and Spare Parts Notice: Safemaca does not provide repair services or undertake to make repair facilities or individual spare parts available for this product.

Nothing in this notice limits any consumer rights or liabilities that cannot lawfully be excluded under applicable Malaysian law.

Customer Support: support@safemaca.com


Ciri-ciri Produk

  • Penyekatan Isyarat: Direka untuk membantu menyekat isyarat radio daripada kunci kenderaan yang serasi apabila kunci dimasukkan sepenuhnya ke dalam ruang penyekat isyarat dan ruang tersebut ditutup dengan kemas.

  • Kapasiti: Direka untuk memuatkan satu (1) kunci kereta pada satu masa.

  • Dimensi Dalaman: 7 cm × 11 cm.

  • Bahan: Binaan fabrik dengan bahan penyekat isyarat dalaman.

  • Pemegang Rantai Kunci: Dilengkapi pemegang rantai kunci luaran terbina dalam untuk kemudahan penggunaan.

Product Features

  • Signal Shielding: Designed to help block radio signals from compatible vehicle keys when the key is fully enclosed within the designated shielding compartment and the compartment is securely closed.

  • Capacity: Designed to accommodate one (1) car key at a time.

  • Internal Dimensions: 7 cm × 11 cm.

  • Material: Fabric construction with internal signal-shielding material.

  • Keychain Attachment: Includes a built-in external keychain attachment for convenient use.